Antinous (buruj)
Antinous (buruj)

Antinous (buruj)

Antinous merupakan buruj lapuk yang tidak lagi digunakan oleh ahli falak dimana ia telah digabungkan menjadi buruj Helang (Aquila) dan ia bersempadan di Utara.Buruj ini direka oleh maharaja Hadrian pada 132. Menurut legenda, ahli ramal memberitahu Hadrian bahawa kematian orang yang paling disayanginya akan menyelamatkannya daripada bahaya besar. Adalah pasti bahawa Antinous, lelaki kacak yang disayangi oleh Hadrian mati, ketika menyelamatkan maharaja itu daripada lemas di sungai Nil. Bagi memperingati Antinous, Hadrian mengenal pasti asterisme di langit dengan Antinous.